Perkhemahan SEED: The Resolution (14-16 Jan 2011)

Advertisements

SEED Siri Ke-4

Ipoh, 12 November 2010 – Siri Explorasi Deen (SEED) yang keempat telah menarik seramai hampir 50 orang peserta yang kebanyakannya di kalangan para pelajar Royal College of Medicine Perak (RCMP). Dengan penyertaan yang di luar jangkaan, SEED pada kali ini telah menjemput Encik Rosidi bin Shahari, motivator untuk Motivasi Alihan Pelajar dan juga Pengerusi PEMBINA sendiri bagi membincangkan tajuk “Antara Dua Jalan”. Tajuk ini dibincangkan bersempena dengan Hari Raya Aildiladha yang akan menjelang tidak lama lagi. Fokus yang dibawa berkisar tentang “Korban: Antara berkorban dan Terkorban”.

PesertaDimulakan dengan sejarah pengorbanan yang dilakukan oleh penganut agama Hindu, Kristian dan orang Yahudi, Encik Rosidi dengan semangatnya menyatakan perbezaan korban yang dilakukan oleh mereka berbanding dengan penganut agama Islam.  Perbezaan yang terletak pada sebab pengorbanan dilakukan mengambarkan pengorbanan boleh dilakukan dengan sebab yang berbagai namun nilainya terletak pada sejauh mana pengorbanan itu bermanfaat pada kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Continue reading

Keutamaan 10 Hari Pertama Zulhijjah

Zulhijjah bulan terakhir kalendar Hijrah

Zulhijjah merupakan bulan yang terakhir dalam kalendar Hijrah. Ia termasuk antara bulan-bulan haram yang dimuliakan Allah SWT. Justeru sebagaimana bulan-bulan haram lain, bulan Zulhijjah ini seharusnya diisi dengan amalan-amalan soleh yang selari dengan sunnah Rasulullah SAW. Pada bulan tersebut terdapat hari-hari yang lebih diutamakan berbanding hari-hari lain pada bulan itu.

Keutamaan 10 hari pertama

Sepuluh hari pertama pada bulan ini merupakan hari yang diberkati Allah SWT dan bagi mereka yang mengerjakan amal-amal soleh pada hari ini ia akan mendapat keutamaan dan ganjaran lebih berbanding dengan hari-hari lain pada sepanjang tahun. Daripada Ibn ‘Abbas r.a, beliau berkata Rasulullah SAW. bersabda: Tiada hari-hari yang amalan soleh dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari (ayyam) ini (iaitu 10 hari pertama Zulhijjah). Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, termasuk jihad di jalan Allah?” Baginda menjawab: “Ya, tidak juga jihad di jalan Allah kecuali orang yang mengorbankan jiwa dan hartanya dan dia tidak kembali setelah itu (mati syahid).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 969 Continue reading

Riadah Mingguan

Futsal

 

Aktiviti: Futsal

Tempat: Padang Polo, Ipoh

Masa: 7.00 pagi – 9.00pagi, 7 November 2010

Untuk aktiviti akan datang sila layari Facebook PEMBINA Perak untuk maklumat lanjut

Jumpa lagi di masa hadapan…

Sihatkan Badan, Eratkan Ukhuwah!!!

 

Belia Buta Sejarah

Setiap kali topik sembang santai berkisar tentang subjek Sejarah semasa di bangku sekolah, ramai akan memberi respon negatif. Antara respon-respon yang diberikan adalah seperti berikut:

“Subjek yang paling mengantuk dan membosankan.”

“Kalau nak tidur, bacalah buku teks Sejarah. Tak sampai 5 minit, mesti terlelap.”

“Mata atomatik rasa berat semasa kelas Sejarah.”

“Banyak sangat fakta-fakta yang perlu dihafal. Bosanlah.”

Adakah kita sedar kita adalah sebahagian daripada mereka? Mungkin akan ada seorang dua yang sangat tertarik dengan fakta-fakta sejarah yang disogokkan ke dalam minda muda tetapi rata-rata pelajar kita tidak berminat dengan subjek Sejarah yang dipelajari di sekolah. Akhbar Utusan Malaysia pada 28 Oktober yang lalu telah mengeluarkan satu rencana hasil daripada soal selidik tentang sejauh mana orang muda celik sejarah. Keputusannya amat mengecewakan. Bukan setakat rabun malah buta langsung tentang sejarah. Continue reading

Rehlah Ulu Chepor Semarak Ukhuwwah Islamiyyah

Ipoh, 9 September 2010 – PEMBINA Perak telah mengadakan program rehlah di kawasan air terjun Ulu Chepor. Peserta program yang terdiri daripada ahli PEMBINA Ipoh dan PEMBINA Perak Tengah telah hadir mengimarahkan program. Rehlah yang bersifat ‘santai’ ini telah memberi ruang kepada para ikhwah untuk merapatkan dan menyuburkan ukhuwwah yang telah terjalin.

Peserta-peserta Program Rehlah Ulu Chepor

Continue reading

Salam Aidil Fitri Pembina Perak