Jom sertai Kem Lepasan SPM

PEMBINA Perak dan Kelab Remaja ISMA (KRIM) Perak mengajak semua pelajar lepasan SPM 2010 yang tinggal di Perak untuk sama-sama menghadiri satu program hebat “Kem Lepasan SPM”.

Bakal peserta akan berpeluang mendapatkan tips dan panduan untuk meneruskan pengajian selepas SPM. Sesi motivasi dan perkongsian pengalaman dengan para pelajar cemerlang Malaysia dari dalam dan luar negara akan turut diadakan. Jangan lepaskan peluang ini!

Butiran program adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 23 April 2011 (Sabtu)
  • Tempat: Pusat Motivasi Jamaiy Perak. 33 Jalan Ampang Baru 6A, Ipoh, Perak.
  • Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang.
  • Yuran: RM20.

Muat turun pamplet / borang pendaftaran di sini: Pamplet KLSPM 2011 Perak.

Maklumat dan pertanyaan lanjut, hubungi:

  • Syafie: 013-629 5197
  • Norsolihah: 012-533 1694

 

Riadah Mingguan

Futsal

 

Aktiviti: Futsal

Tempat: Padang Polo, Ipoh

Masa: 7.00 pagi – 9.00pagi, 7 November 2010

Untuk aktiviti akan datang sila layari Facebook PEMBINA Perak untuk maklumat lanjut

Jumpa lagi di masa hadapan…

Sihatkan Badan, Eratkan Ukhuwah!!!

 

Iktikaf Perdana Ramadhan

Ipoh, 3 September – Dalam usaha mengejar kemuliaan 10 malam terakhir Ramadhan, Pembina Perak bersama sama ISMA Perak dan Aman Palestin Perak dengan kerjasama Masjid Negeri telah menganjurkan Program Iktikaf Perdana Ramadhan yang telah berlansung pada 3 sehingga 5 September di Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, Perak.

Kuliah

Pengisian Rohani

Continue reading

KURSUS ADOBE PHOTOSHOP

Ipoh – Kebolehan dalam bidang multimedia merupakan antara kebolehan-kebolehan yang perlu dikuasai oleh umat Islam terutamanya bagi golongan pemuda pemudi. Atas dasar keperluan itu, Biro Media Akademi Ikatan Muslimin (AIM) bersama-sama PEMBINA Perak telah menganjurkan kursus Adobe Photoshop pada 17 Julai 2010 dari jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Kursus yang bertempat di Pejabat ISMA Perak telah dihadiri seramai 20 orang peserta yang kebanyakan adalah pelajar-pelajar AIM. Kursus dirasmikan oleh Ust Zolkifli yang merupakan pengetua AIM. Beliau menekankan betapa pentingnya untuk kita menguasai  bidang ini agar dakwah Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas.

Continue reading

Karnival Khidmat Masyrakat: Bersama Prihatin Masyarakat Felda

Felda Bukit Kuantan, 30 Julai 2010 – Seramai 54 orang pelajar perubatan daripada Kolej Perubatan Diraja Perak (RCMP) telah berkonvoi untuk menyertai Karnival Khidmat Masyrakat: Bersama Prihatin Masyarakat Felda anjuran i-Medik ISMA dengan kerjasama PEMBINA yang diadakan di Felda Bukit Kuantan pada 30 Julai yang lepas.

i-Medik

i-Medik

Karnival ini berlangsung selama 3 hari 2 malam yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan masyarakat felda setempat. Karnival ini juga menerima peserta daripada pelajar-pelajar perubatan UIAM dan juga dari luar negara yang balik bercuti seperti Mesir, Arab Saudi, Madinah, UK, dan Korea. Antara aktiviti-aktiviti yang berjalan adalah program keluarga angkat, pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah dan pameran kesihatan, motivasi pelajar dan remaja, gotong royong bersihkan masjid, ceramah palestin dan sukaneka. Continue reading

Siri Ekplorasi Ad-Deen – Antara Semalam Dan Hari Ini

IPOH,19 JUN – Pembina Cawangan Perak telah mengadakan Program Siri Eksplorasi Ad-Deen ( SEED) bertempat di Pejabat ISMA negeri Perak. Program yang berjudul Antara Semalam dan Hari Ini merupakan siri SEED yang pertama diadakan di negeri Perak. Seramai 44 orang pelajar IPT sekitar Perak telah menyertai sebagai peserta.

Program yang bermula pada 8.30 pagi ini dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Sdr. Syed Salahudin diikuti dengan ucapan daripada Timbalan Pengerusi Pembina Perak, Sdr Ahmad Muslim. Sesi ini seterusnya bersambung dengan pembentangan Antara Semalam dan Hari Ini daripada penceramah jemputan, yang juga merupakan Timbalan Presiden Pembina Pusat, Sdr Norzafry.

Continue reading

Qiamullail Masjid Tambun

DSC00048

Pada 6 september yang lalu, Persatuan Belia Islam Nasional(PEMBINA) cawangan negeri Perak sekali lagi telah berjaya menjayakan satu lagi program qiamullail jamaie bersama masyarakat, dan kali ini kami telah melangkau pula ke tempat yang lain iaitu kawasan perumahan masyarakat di sekitar Tambun.

Para peserta kali ini terdiri daripada penduduk setempat Tambun, pelajar STAM, Kolej Perubatan Ipoh, UTP, Kolej TAJ, Uitm perak, dan lain-lain. Program berjalan dengan lancar sekali dan pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih buat ajk masjid Tambun kerana memberi kami peluang mengadakan program tersebut. Kami berharap agar dapat menganjurkan program seperti ini di masa akan dating InsyaAllah.

lagi gamba? klik ini