SEED Siri Ke-4

Ipoh, 12 November 2010 – Siri Explorasi Deen (SEED) yang keempat telah menarik seramai hampir 50 orang peserta yang kebanyakannya di kalangan para pelajar Royal College of Medicine Perak (RCMP). Dengan penyertaan yang di luar jangkaan, SEED pada kali ini telah menjemput Encik Rosidi bin Shahari, motivator untuk Motivasi Alihan Pelajar dan juga Pengerusi PEMBINA sendiri bagi membincangkan tajuk “Antara Dua Jalan”. Tajuk ini dibincangkan bersempena dengan Hari Raya Aildiladha yang akan menjelang tidak lama lagi. Fokus yang dibawa berkisar tentang “Korban: Antara berkorban dan Terkorban”.

PesertaDimulakan dengan sejarah pengorbanan yang dilakukan oleh penganut agama Hindu, Kristian dan orang Yahudi, Encik Rosidi dengan semangatnya menyatakan perbezaan korban yang dilakukan oleh mereka berbanding dengan penganut agama Islam.  Perbezaan yang terletak pada sebab pengorbanan dilakukan mengambarkan pengorbanan boleh dilakukan dengan sebab yang berbagai namun nilainya terletak pada sejauh mana pengorbanan itu bermanfaat pada kehidupan manusia di dunia dan akhirat.

Encik Rosidi meneruskan lagi perbincangan dengan membuka minda para peserta tentang pilihan yang boleh dibuat oleh mereka dalam menentukan hala tuju hidup mereka. Berdasarkan garisan umur manusia yang dilakar oleh beliau, para peserta diingatkan tentang pilihan-pilihan yang mereka perlu putuskan sepanjang kehidupan mereka. Pilihan-pilihan itu sama ada baik atau buruk, tentunya akan memberi kesan terhadap apa yang akan mereka peroleh pada masa akan datang. Tentunya pilihan yang terbaik ingin dibuat bagi mendapat hasil yang terbaik juga. Sebagai seorang muslim, pilihan yang ingin diputuskan sepatutnya adalah antara yang baik dengan terbaik.

Melihat kepada pengajaran yang boleh diambil sempena peristiwa korban pertama yang dilakukan oleh  Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, perbincangan diteruskan dengan kerelaan Nabi Ismail untuk dijadikan korban demi mentaati perintah Ilahi dan menjadi anak yang taat kepada bapanya. Kemuncak kepada perbincangan ini ialah perbandingan antara berkorban yang dituntun dan terkorban kerana salah meletakkan nilai pengorbanan dalam kehidupan. Apabila pengorbanan dilaksanakan demi membuktikan pengabdian diri kepada Allah SWT di samping melaksanakan tuntutan sebagai khalifah di muka bumi, bukan kerana menjadi mangsa korban disebabkan oleh hawa nafsu yang diikuti, petunjuk dan pertolongan Allah akan menaungi kehidupan seorang insan.

Semoga majlis ilmu ini memberi manfaat kepada semua yang hadir. Tidak dilupakan pengorbanan masa dan tenaga yang dilakukan oleh para peserta untuk menghadiri SEED yang keempat ini. Semoga keikhlasan mengiringi kehadiran anda semua. Nantikan SEED yang seterusnya untuk kupasan-kupasan yang lebih menarik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: