Rehlah Ulu Chepor Semarak Ukhuwwah Islamiyyah

Ipoh, 9 September 2010 – PEMBINA Perak telah mengadakan program rehlah di kawasan air terjun Ulu Chepor. Peserta program yang terdiri daripada ahli PEMBINA Ipoh dan PEMBINA Perak Tengah telah hadir mengimarahkan program. Rehlah yang bersifat ‘santai’ ini telah memberi ruang kepada para ikhwah untuk merapatkan dan menyuburkan ukhuwwah yang telah terjalin.

Peserta-peserta Program Rehlah Ulu Chepor

Meredah belantara, mencari destinasi

Akh Hafiz selaku pengarah telah mengatur perjalanan program dengan jayanya. Alhamdulillah segala aturcara berjalan seperti yang telah dirancang. Antara aktiviti-aktiviti yang menarik adalah permainan ‘campak-campak’, membuat menara dan lain-lain. Para ikhwah juga turut meluangkan masa untuk bersolat dhuha dan makan bersama-sama.

Kemesraan Terjalin

Akh Syakur sebagai muzakkir program telah memberikan sedikit tazkirah. Tazkirah yang disampaikan berkisar mengenai kebergantungan seorang hamba kepada Allah taala. Antara poin-poin yang ditekankan adalah seorang hamba seharusnya menyerahkan seluruh kebergantungannya kepada Allah tanpa berfikiran buruk terhadap ketetapan Allah keatasnya.

Membina menara manusia

Beliau menceritakan kisah Al-Akh As-Syahid Hassan Al-Banna, bagaimana beliau pernah mengutamakan dakwah menyeru kepada Allah dan rasulnya melebihi peribadinya sendiri, lalu Allah membuka ruang-ruang kemudahan dan kelebihan untuknya.

 

 

Ukhuwah Terjalin

Ukhuwwah yang terjalin, manis terasa. Moga Allah taala berkenan menyatukan hati-hati para ikhwah di bawah naungan rahmat kasih sayangnya.

3 Responses

  1. Gambar ‘Ikhwah Mantap’…sungguh Mantop!!!
    Bile agaknya boleh jumpa lagi…

  2. salam ukhwah..
    Alhamdullilah ana tengok ikhwah begitu ceria ketika mandi air terjun ulu cepur..
    moga ukhwah berpanjangan..=)

  3. alhamdulillah… semoga ALLAH merahmati kita semua… semoga ukhuwah tercip sampai ke syurga.. ameen…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: