Iktikaf Perdana Ramadhan

Ipoh, 3 September – Dalam usaha mengejar kemuliaan 10 malam terakhir Ramadhan, Pembina Perak bersama sama ISMA Perak dan Aman Palestin Perak dengan kerjasama Masjid Negeri telah menganjurkan Program Iktikaf Perdana Ramadhan yang telah berlansung pada 3 sehingga 5 September di Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, Perak.

Kuliah

Pengisian Rohani

Program ini yang bertemakan “Pemuda: Membina Generasi Muttaqin & Pewaris Kemuliaan Masjidil Aqsa” adalah antara usaha untuk membina generasi belia yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik malah setiap aspek kehidupan antaranya aspek akidah, ibadah, akhlak dan tubuh badan.

Seramai lebih 80 orang peserta telah menyertai Iktikaf Perdana ini yang terdiri daripada ahli-ahli Pembina Perak dan ISMA Perak kawasan sekitar Ipoh dan pelajar-pelajar IPT seperti UniKL RCMP, UTP, UITM, dan AIM(Akademi Ikatan Muslimin).

Qiamulail

Program iktikaf ini telah diisi dengan acara taaruf, tadarus al-quran, hafal juz 30, qiamulail dan juga beberapa siri kuliah pembinaan jatidiri muslim yang disampaikan oleh Ustaz Zamri selaku Biro Dakwah ISMA Perak, Ustaz Zulkifli selaku Setiausaha ISMA Perak, Ustaz Fadhlan selaku ahli ISMA Perak dan Saudara Raja Shamsuri selaku ahli Pembina Perak. Selain itu, peserta juga berjalan kaki sejauh 5 km sebagai menginsafi peristiwa Perang Badar. Pada malam kedua iktikaf pula, peserta bersama-sama penduduk setempat dibentangkan dengan isu palestin oleh Ustaz Shaharuzaman selaku Pengerusi Aman Palestin cawangan Perak.

Majlis penutup Program Iktikaf Perdana ini dirasmikan oleh Ustaz Jamil Safri, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid. Beliau amat mengalu-alukan program-program seumpama ini lebih-lebih lagi program yang disertai oleh golongan belia. Menurut Ustaz Jamil, golongan belia perlulah bersama-sama dalam kumpulan yang baik dan menjauhi aktiviti-aktiviti yang tidak sehat.

Peserta Iktikaf Perdana

Program berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada Ustaz Jamil oleh Ustaz Shaharuzaman dan salam wida’ dengan setiap peserta. Semoga program iktikaf ini dapat menjadi titik tolak kepada lonjakan amal bagi setiap peserta dalam proses menjadi peribadi muslim yang sejati.

“Membina Generasi Harapan”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: