Sabtu, 21 hb Ogos – Pembina Perak cawangan Perak tengah telah menziarahi dua orang ahli PEMBINA yang telah menghadapi kemalangan motor di Bangi, Selangor. Konvoi sebanyak 2 buah kereta telah bertolak dari Perak bermula jam 8.00 pagi, terus ke rumah Akh Shahril di Bangi.
Konvoi Pembina Perak tiba agak lewat pagi ke rumah Akh Shahril. Kecederaan yang dialami Akh Shahril agak teruk, namun beliau semakin sembuh kini. Moga Allah menetapkan beliau terus teguh atas jalan dakwah.
Selesai bersalaman dengan Akh Shahril, para ahli Pembina Perak bersolat zuhur di surau berdekatan. Terasa seronok melihat jemaah surau yang begitu ramai di waktu zuhur.
Selesai bersolat, perjalanan di teruskan ke rumah akh Nukman di Kepong. Kami disambut baik oleh beliau dan keluarga. Akh Nukman mengalami kecederaan di perut & terpaksa di bedah oleh doktor. Akh Nukman merupakan seorang aktivis dakwah di Perak sebelum bertukar kawasan ke Bangi. Beliau banyak bertanya tentang perkembangan dakwah di kawasan Perak Tengah kepada kami. Moga Allah menetapkan semangatnya mengemban risalah terus membara, insyaAllah.
Program diteruskan dengan Iftar & solat Tarawikh di masjid Wilayah persekutuan, Kuala Lumpur. Konvoi pulang ke Perak setelah solat Tarawikh. InsyaAllah, amalan ziarah-menziarahi yang merupakan sunnah nabi s.a.w akan menjadi amalan para ahli PEMBINA di setiap negeri.
Filed under: Uncategorized |
aiseh..masuk dalam blog pembinaperak plak..segan sih~~