MALAM RINTIHAN AL-AQSA

Ipoh, 1 Julai 2010 – Ketika mana dunia sibuk menceritakan isu Gaza, ramai umat Islam khususnya yg semakin melupakan isu Masjid Al-Aqsa yang semakin lama dimamah oleh kerakusan rejim zionis laknatullah. Begitulah fungsi media dunia memainkan peranannya mencorakkan pemikiran masyarakat. Masyarakat perlu disedarkan dengan kefahaman yang jelas berkenaan dengan isu Palestin dan Al-Aqsa.

Selepas Konvensyen Selamatkan Masjidil Al-Aqsa anjuran Aman Palestin, PEMBINA Perak dan INTIM, Malam Rintihan Al-Aqsa pula menyusul yang dianjurkan bersama oleh Aman Palestin dan Institut Teknologi Perak (ITP). Malam Rintihan Al-Aqsa telah berlansgung pada 1 Julai 2010 di Dewan Bandaraya Ipoh dan dihadiri kebanyakannya oleh pelajar-pelajar ITP sendiri. PEMBINA Perak juga tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama memperjuangkan isu ini.

Disamping ia merupakan isu akidah umat Islam, ia juga antara isu yang mudah memberi kesedaran kepada belia Islam. Pembina Perak telah dijemput oleh pihak ITP untuk membuka booth PEMBINA dan pameran berkenaan Salahuddin Al-Ayyubi. Alhamdulillah, ramai juga daripada pengunjung yang sempat singgah ke booth PEMBINA. Pertemuan dengan beberapa pelajar dan pengajar ITP dapat sedikit sebanyak memperkenalkan PEMBINA kepada mereka.

Harapannya, akan lebih ramai yang mengenali PEMBINA sebagai satu wadah aktivisme belia Islam melalui pemuliharaan dan pengembangan potensi belia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: