KURSUS ADOBE PHOTOSHOP

Ipoh – Kebolehan dalam bidang multimedia merupakan antara kebolehan-kebolehan yang perlu dikuasai oleh umat Islam terutamanya bagi golongan pemuda pemudi. Atas dasar keperluan itu, Biro Media Akademi Ikatan Muslimin (AIM) bersama-sama PEMBINA Perak telah menganjurkan kursus Adobe Photoshop pada 17 Julai 2010 dari jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Kursus yang bertempat di Pejabat ISMA Perak telah dihadiri seramai 20 orang peserta yang kebanyakan adalah pelajar-pelajar AIM. Kursus dirasmikan oleh Ust Zolkifli yang merupakan pengetua AIM. Beliau menekankan betapa pentingnya untuk kita menguasai  bidang ini agar dakwah Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas.

Pengajar bagi kursus ini adalah saudara Hafiz, lulusan Universiti Teknologi Perak yang mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang multimedia. Beliau pernah menguruskan laman sesawang organisasi-organisasi terkemuka. Dalam kursus ini, para peserta diajar skil-skil asas dalam menggunakan Adobe Photoshop untuk mengedit gambar dan membuat poster.

Kursus Adobe Photoshop ini adalah merupakan siri pertama dalam siri-siri mengasah potensi belia yang dianjurkan oleh PEMBINA Perak dalam melahirkan generasi belia yang serba boleh dan berguna kepada orang lain. InsyaAllah, akan datang PEMBINA Perak akan menganjurkan lebih banyak lagi kursus seumpama ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: