Program Daurah Tausi’ah

Seri Iskandar, 6 dan 7 Ogos 2010 – PEMBINA Perak cawangan Perak Tengah telah mengadakan program Daurah Tausi’ah bertempat di Darul Furqan, Seri Iskandar. Program yang bermula pada malam Jumaat itu disertai oleh para peserta dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Institut Teknologi MARA Cawangan Seri Iskandar (UITM Seri iskandar). Seramai 30 peserta hadir dan memberikan komitmen yang tinggi di sepanjang program.

Sebahagian peserta yang hadir

Pengisian pertama oleh Akh Fakhrurozi berkisar tentang bekalan yang perlu ada pada diri seorang daie dalam jalan dakwah. Al-akh menekankan pemahaman tentang tujuan hidup yang agung sebagai seorang manusia yang seharusnya difahami oleh semua muslim, apatah lagi para penyeru ke jalan Allah. Akh Fakhrurozi turut menjelaskan kepada para peserta tentang konsep pengorbanan dalam dakwah dan hakikatnya bahawa pengorbanan yang sedikit tidak akan mampu membawa Islam menuju kemenangan.

Imam Hasan Al-Banna

“Al-Akh perlu memahami bahawa sesungguhnya dakwah ini tidak akan terbangun dengan sedikit duit dari hasil pendapatan atau sedikit luka, akan tetapi dakwah ini terbangun dengan penat jerih, pengorbanan jiwa dan raga para mukhlis yang mengharapkan redha Allah”– Imam Syahid Hassan Al-Banna

Keesokan harinya, pada Sabtu pagi, Ustaz Zamri Hashim selaku ketua biro dakwah Ikatan muslimin malaysia (ISMA) Perak menyampaikan taujihat dan tazkirah kepada para peserta program. Peserta perempuan turut hadir untuk mendengar slot pengisian oleh Ustaz Zamri. Pengisian Al-Ustaz berkisar tentang kemenangan individu dan kemenangan ummah setelah selesai 30 hari berpuasa dalam bulan Ramadhan. Kemenangan individu adalah sesuatu yang biasa berlaku setelah selesai Ramadhan yaitu kemenangan mengawal nafsu amarah, nafsu makan dan sebagainya. Namun, ummah tidak pernah menang sejak runtuhnya khilafah Islamiyyah yang terakhir. Tahun demi tahun, ummat Islam di Palestin, di Iraq, dan di seluruh dunia di tindas dan dizalimi. Ustaz Zamri menyeru para peserta program merealisasikan kemenangan ummah melalui amal dakwi, menyeru manusia seluruhnya kembali kepada jati diri islami yang sebenarnya.

Penyampaian cenderamata kepada Ust Zamri Hashim

Setelah selesai pengisian Al-ustaz, para peserta dihidangkan dengan slot lakonan drama, bertujuan menguji kreativiti para peserta dan mengasah ketajaman fikiran peserta membumikan ‘fiqh keutamaan’ dalam diri masing-masing sepanjang kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang bersama saf perjuangan.

Setelah selesai lakonan drama, tamatlah program Daurah Tausi’ah. Para peserta bersalaman dan berselawat, bersama bekalan tarbawi dan ukhuwwah yang manis dibawa pulang ke tempat masing-masing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: