Karnival Khidmat Masyrakat: Bersama Prihatin Masyarakat Felda

Felda Bukit Kuantan, 30 Julai 2010 – Seramai 54 orang pelajar perubatan daripada Kolej Perubatan Diraja Perak (RCMP) telah berkonvoi untuk menyertai Karnival Khidmat Masyrakat: Bersama Prihatin Masyarakat Felda anjuran i-Medik ISMA dengan kerjasama PEMBINA yang diadakan di Felda Bukit Kuantan pada 30 Julai yang lepas.

i-Medik

i-Medik

Karnival ini berlangsung selama 3 hari 2 malam yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan masyarakat felda setempat. Karnival ini juga menerima peserta daripada pelajar-pelajar perubatan UIAM dan juga dari luar negara yang balik bercuti seperti Mesir, Arab Saudi, Madinah, UK, dan Korea. Antara aktiviti-aktiviti yang berjalan adalah program keluarga angkat, pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah dan pameran kesihatan, motivasi pelajar dan remaja, gotong royong bersihkan masjid, ceramah palestin dan sukaneka.

Pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan

Program anak angkat

Karnival ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar perubatan RCMP utk meluaskan jaringan kenalan bukan sahaja dikalangan pelajar-pelajar perubatan daripada luar Negara malah dengan pakar-pakar perubatan yang turut serta menyertai karnival ini.

Selain itu karnival ini juga memberi pendedahan tentang suasana kehidupan masyarakat felda. “Akan datang, i-Medik mungkin akan menganjurkan program bersunat pula” kata Dr Md Nor, pengarah Karnival Khidmat Masyarakat yang juga merupakan ahli jawatankuasa i-Medik. Semoga lebih ramai lagi yang akan terlibat dengan program-program seperti ini. waallahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: