Program Ihya’ Ramadhan & Qiamullail

Ihya Ramadhan Dan Qiam

Assalamualaikum WBT

Sempena kedatangan Ramadhan ini, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Perak  dengan kerjasama Biro Dakwah ISMA dan Masjid Muhibbuddin Shah akan menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan dan Qiamulail.

Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 7 -8 Ogos 2010
Tempat : Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh
Percuma (makanan disediakan)

Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah, pengisian kuliah maghrib oleh Ust Zamri (Ketua Biro Dakwah ISMA/Timbalan Mufti Perak), tadarrus, kuliah subuh oleh Ust Razmi (YDP ISMA Perak), pemeriksaan kesihatan percuma dan tidak dilupakan acara penting iaitu qiamulail berjemaah.

Program ini terbuka kepada semua. Jangan lupa sebarkan kepada rakan-rakan anda. Lebih ramai, lebih meriah! (InsyaAllah) .

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

  • Mohd Shahfi Fauzee – 013-5962011
  • Noor Asikin Bt. Mohd Sakri – 019-4748533