Rehlah Ukhuwwah

Teluk Senangin, 26 Jun – Program ‘rehlah ukhuwwah’ anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) telah diadakan pada penghujung bulan Jun. Seramai 40 orang ahli daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP), Akademi Ikatan Muslimin (AIM), Sri Manjong, Ipoh & Batu Gajah telah bersama-sama menjayakan program.

Sebahagian ahli PEMBINA yang hadir

Program yang menggandingkan kekuatan veteren dakwah dan juga para pemuda ini dijalankan di Teluk Senangin, Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya adalah ‘Games Ukhuwwah’, bola sepak pantai, ‘Games Air’, ‘Permainan Selipar’ dan beberapa aktiviti lain.

BBQ

Program turut diserikan dengan kehadiran anak-anak veteren. Setelah penat beraktiviti, para peserta bersama-sama makan tengahari & berkenal-kenalan pada masa yang sama.

Kemesraan terjalin tanpa mengira usia

Sebuah sesi taaruf bersama para veteren berjalan baik. Ketua biro Dakwah ISMA merangkap presiden Aman Palestin Perak, Ustaz Shahruzzaman Bistamam menyampaikan taujihat setelah selesai solat zohor. Pengisian berkisar tentang bekalan yang perlu ada pada diri Da’ie, berdasarkan tafsir surah Al-Mudathir ayat 1 hingga 6

Wahai Orang-orang yang berselimut,

Bangunlah, lalu berilah peringatan!

Dan tuhanmu Agungkanlah,

Dan pakaianmu bersihkanlah,

Dan tinggalkanlah segala perbuatan yang keji,

Dan janganlah engkau (Muhammad) memberi (dengan maksud) memperolehi (balasan) yang lebih banyak

Antara aktiviti yang dilakukan

Program berakhir dengan sesi bersalaman, yang berjalan dengan penuh mahabbah. Para beserta bersalaman & berpelukan, bersama kenangan manis dan bekalan dakwah yang bermanfaat, dibawa pulang ke tempat masing-masing,

Semoga jalinan ukhuwah yang terjalin berkekalan

 

6 Responses

  1. salam ukhuwah..wah kagen banget sama ikhwah2 di perak.. moga ukhuwah dan dakwah terus gencar..

  2. eh akh ahmiez..ade juga disini..kalo ade ntum skali mesti best..huhu..

  3. Salam..sama la ahmiez..rindu juga sama ikhwah2 di perak..mst seronok dpt join rehlah gak..hoho..

    moga ukhuwah,iman dan dakwah terus mantap..insyaallah

  4. x pe akh amin..sem dpn ntum blk..kmi lak brgerak..huhu..i.A, semoga semua terus tsabat

  5. alahai..ruginye x pergi..huhu~

  6. salam ukhwah semua… ana tersepak mai ke? afwan mai… huhuhu…

    ukhwah fillah dari akuimanselamanya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: