Siri Ekplorasi Ad-Deen – Antara Semalam Dan Hari Ini

IPOH,19 JUN – Pembina Cawangan Perak telah mengadakan Program Siri Eksplorasi Ad-Deen ( SEED) bertempat di Pejabat ISMA negeri Perak. Program yang berjudul Antara Semalam dan Hari Ini merupakan siri SEED yang pertama diadakan di negeri Perak. Seramai 44 orang pelajar IPT sekitar Perak telah menyertai sebagai peserta.

Program yang bermula pada 8.30 pagi ini dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Sdr. Syed Salahudin diikuti dengan ucapan daripada Timbalan Pengerusi Pembina Perak, Sdr Ahmad Muslim. Sesi ini seterusnya bersambung dengan pembentangan Antara Semalam dan Hari Ini daripada penceramah jemputan, yang juga merupakan Timbalan Presiden Pembina Pusat, Sdr Norzafry.

Dalam sesi pembentangan yang pertama, peserta dihidangkan dengan pembentangan mengenai kuasa-kuasa besar yang pernah menguasai tamadun dunia seperti tamadun rom dan parsi serta keadaan jahiliyah yang melanda seluruh dunia sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Kemudian, Sdr Norzafri telah menarik perhatian peserta dengan membongkar rahisa keadaan masyarakat Islam ketika di Mekah, Madinah dan zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rosyidin. Terdapat perbezaan pendekatan dan kaedah menyampaikan dakwah pada setiap zaman tersebut. Program ini diteruskan dengan pembentangan zaman kegemilangan Islam dari Zaman Bani Umayyah , Bani Abasiyah serta Bani Uthmaniah sehingga kejatuhan institusi khalifah pada tahun 1924.Kesan daripada kejatuhan tersebut, keadaan umat Islam telah menjadi kucar-kacir. Umat Islam ditindas, dihina dan ditekan diseluruh dunia. Selingan video keadaan di Iraq cukup menggambarkan keadaan umat Islam selepas zaman kejatuhan.

BengkelSesi petang pula merupakan sesi bengkel untuk para peserta. Dalam bengkel ini peserta dikehendaki menjawab persoalan yang dikemukan oleh penceramah mengenai tajuk yang telah dibincangkan pada sesi yang pertama. Para peserta memberikan respon yang positif dalam sesi pembentangan bengkel yang dikendalikan sendiri oleh Sdr Norzafry.

Kesimpulannya, kita menginsafi tentang wujudnya fasa turun dan fasa naik sejarah umat. Justeru, adalah tidak wajar untuk kita sekadar memerhatikan sejarah ini berlalu tetapi kita mesti bertindak membina sejarah yang baru. Persamaan keadaan masyarakat pada hari ini dengan zaman Jahiliyah zaman Rasulullah sudah jelas memberikan gambaran bahawa kaedah yang paling sesuai adalah melakukan pendekatan yang dilakukan oleh Rasulullah ketika di zaman Mekah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: