Membangun Ruh & Jiwa

Sabtu malam Ahad, 6 hb Febuari, surau Taman Sejahtera, Kampar menerima kunjungan Ahli-ahli PEMBINA Perak untuk berprogram. Ikhwah-ikhwah dari seluruh pelusuk Perak turun padang mengimarahkan program, terubat rindu di hati bertemu teman2 seperjuangan.

Pengisian oleh Ustaz Zolkifli bertajuk ‘ukhuwwah fillah’ membuka tirai malam qiamullail kami. Tajuk yang dirasakan ‘cliché’ atau ‘biasa’ ini bila dikupas oleh seorang Al-akh yang mantap, maka mantaplah pengisiannya.

ukhuwwah fillah

Beberapa isi yang menyentuh jiwa untuk terus bersama ukhuwwah fillah disemat di dalam tulisan ini, moga bermanfaat.

1) Sahabat itu mencerminkan diri sendiri. Maha benar sabda Nabi s.a.w ;

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” – Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari

2) Pengampunan Allah taala menanti seorang muslim yang bertemu saudaranya, lalu memaut tangan saudaranya itu (untuk bersalam) – (diolah semula) diriwayatkan oleh Tabaroni.

3) Halawatul iman (kemanisan iman) dapat dicapai dengan tiga perkara – 1. Apabila cinta kepada Allah taala dan rasulnya melebihi segala-galanya. 2. Cinta kepada makhluq hanya kerana Allah. 3. Benci kepada kekufuran seperti benci dicampakkan kedalam api neraka

Selepas subuh, pagi yang penuh barakah itu diisi dengan pengisian Ustaz Zamri, timbalan mufti Perak. pengisian berkisar tentang Al-hasanaat ba’da Al-mamat, kebajikan-kebajikan yang sentiasa berjalan, walaupun selepas mati. Itulah dia amal yang bermanfaat.

Apakah dia amal yang ketika kita tidur, ganjaran pahalanya masih berjalan?
Apakah dia amal yang ketika kita bermain-main dengan anak, ganjaran pahalanya masih berjalan?

Itulah amal yang dimanfaatkan orang lain.

2 Responses

  1. salam. mcm mane nak join Pembina?

  2. salam…..
    moga berbahagia buat saudari, berkenaan dgn pembina, saudari bole call mereka di tempat saudari………

    PEMBINA Perak

    Rosidi bin Shahari 019-578 9273

    Nur Najwa Bt Ghazali 019-571 2502

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: