Kembara Ukhuwah Penang

P1010150

Alhamdulillah, Persatuan Belia Islam Nasional Perak ( PEMBINA ) telah Berjaya menganjurkan jaulah utara untuk ahli Pembina Perak. Seramai 45 orang termasuk Pengerusi PEMBINA Perak bersama isteri dan anak telah bersama-sama menjayakan program jaulah utara ini. Sebuah bas persiaran telah disewa untuk menjayakan lagi program jaulah utara ini. Program jaulah utara ini telah dilaksanakan pada 19/6/2009.

Berikut adalah beberapa objektif yang telah digariskan sendiri oleh pihak penganjur. Apa yang diharapkan ialah, apa yang telah digariskan  oleh pihak penganjur dapat dihayati bersama khususnya buat ahli PEMBINA sendiri :-

  • Sebagai kesinambunagn daripada program-program yang telah dilaksanakan oleh PEMBINA sendiri.
  • Lebih mengenali ISMA dengan lebih mendalam.
  • Mengukuhkan projek amal fardhi dikalangan pelajar STAM
  • Merasai kebersamaan dalam melaksanakan projek-projek yang berbaur islam.
  • Melatih skill individu dalam berinteraksi dengan masyarakat dan juga skill sebagai seorang pemimpin.
  • Selain itu,pihak penganjur juga ingin ahli-ahli PEMBINA tahu bahawa, hampir seluruh Malaysia terdapat ahli-ahli PEMBINA yang aktif dalam melaksanakan kerja-kerja da’wah.

Mungkin ada ahli-ahli PEMBINA yang lain menggariskan objektif sendiri secara individu dalam diri masing-masing untuk dicapai melalui program jaulah utara ini. Ini berdasarkan apa yang telah diamalkan oleh khalifah Umar bin Abdul Aziz iaitu, ”jadilah kamu saudagar niat”. Di sini kita dapat lihat bahawa, khalifah Umar bin Abdul Aziz merupakan seorang yang tamak dalam mendapatkan segala kebaikan yang ada pada setiap perbuatannya.

HARI PERTAMA

Pembina Perak bertolak ke Penang dalam pukul 8 pagi. Apabila sampai di sana, mereka disambut oleh ust. Yusuf selaku pengetua SMART(Sekolah Menengah Arab Tahfiz). Program diteruskan dengan sesi ta’aruf di surau SMART. Selepas solat zohor, sesi perkongsian bersama ikhwah Penang telah dilakukan di dewan SMART. Sesi tersebut berlangsung hingga waktu asar.

Selepas asar, perlawanan bola sepak persahabatan antara Pembina Perak dan juga Pembina Penang telah diadakan di padang sekolah yang berdekatan dengan SMART. Perlawanan telah dimenangi oleh pasukan Pembina Perak disebabkan Pembina Perak merupakan belia-belia yang masih mempunyai stamina yang tinggi berbanding Pembina Penang terdiri dikalangan mereka yang telah berumah tangga.

Pada waktu malam pula, Pembina Perak telah dijamu dengan BBQ yang diadakan selepas maghrib hingga pukul 11 malam. Sambil-sambil berBBQ, tuan rumah telah mengadakan konsert yang artisnya terdiri daripada pelajar-pelajar SMART sendiri. Alhamdulillah, program pada hari pertama berjalan dengan lancar.

HARI KEDUA

Hari berikutnya, program qiamullail ringkas telah diadakan. Program bermula seawal 5 pagi. Selesai solat subuh dan bacaan al-Ma’thurat berjemaah, peserta disajikan dengan tazkirah ringkas serta padat yang disampaikan oleh Akh Assidiq dari PEMBINA Perak.

Kemudian peserta bersarapan dengan sajian khas iaitu roti canai dan nasi lemak Penang. Beberapa minit berehat selepas santapan pagi, Program Salam Perpisahan diadakan sebelum rombongan lawatan dari PEMBINA Perak beransur pulang. Beberapa ucapan dari wakil Penang dan Perak sebelum sesi bersalaman dan fotografi.

Sebelum pulang ke Ipoh, PEMBINA Perak sempat singgah ke Dataran Merdeka. Disana, beberapa program telah dijalankan seperti bola pantai, RUGLING(Rugby+Bola Baling), dan lain-lain. Selepas penat bermain, peserta mengambil peluang mandi ringkas di pantai. Ternyata kemasinan air laut membuatkan peserta terpaksa beredar awal.

Terlalu banyak kenangan manis dan indah yang telah ditinggalkan sepanjang program padat selama 2 hari 1 malam. Para peserta ada yang menitiskan air mata ketika sesi bersalam dek kerana iman yang BENAR dan UKHUWAH yang dirasai bersama. Segala pengajaran dan pengalaman diharapkan dapat membina keyakinan para peserta terhadap masa depan Islam dan semoga program seperti ini dapat diadakan lagi di masa akan datang.

lagi gambar?

4 Responses

  1. salam alaik..
    mabruk PEMBINA Perak!!!
    wah, mesti seronok dapat berjaulah samapi ke penang..
    insyaAllah lepas ni boleh la plak berjaulah ke KL ye..🙂

  2. Ada wakil PEMBINA di UPSI?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: