Pendakwah dan pemimpin agung, Malcolm X

Siapa sangka, Amerika Syarikat sebuah negara dipenuhi maksiat, dikotori dengan penyelewengan oleh para pemimpinnya, bakal menyaksikan kelahiran salah seorang pendakwah dan pemimpin yang paling berpengaruh dalam sejarah ketamadunan Islam.

Malcolm X dilahirkan di Omaha, Nebraska di Amerika Syarikat. Negara itu pada saat kelahiran beliau, dilanda ‘racism’ atau krisis perkauman yang amat menakutkan. Keluarganya menerima banyak tekanan dan ancaman daripada pelbagai pihak kerana beliau sekeluarga berketurunan orang kulit hitam. Rumah beliau pernah dilempari bom-bom buatan tangan orang berkulit putih. Ayahnya mati hampir dibelah dua akibat krisis perkauman yeng teruk.

Dibesarkan oleh ibunya sendiri, kehidupan beliau amat sengsara. Ada kalanya mereka sekeluarga yang terdiri daripada 4 orang adik beradik, tidak mempunyai wang yang cukup walaupun untuk membeli sebiji donut. Ibunya seringkali memukulnya dan memarahinya, sesuatu yang normal untuk keluarga yang susah pada masa itu. Beliau sejak kecil sentiasa menjerit untuk membebaskan diri daripada kekasaran ibunya. Walaubagaimanapun, ibunya telah mendidik anak-anaknya dengan penuh tanggungjawab. Oleh kerana kehidupan yang amat susah, pusat penjagaan kanak-kanak seringkali ingin mengambil Malcolm X dan adik beradiknya untuk dijaga. Ibunya seringkali berkeras sehingga pada suatu hari, ibunya menjadi gila akibat tekanan hidup.

Kehidupan mudanya amat teruk. Namakan segala jenis maksiat, semuanya pernah dilakukannya. Malcolm X pernah mengedar dan menghisap dadah, melacurkan dirinya kepada wanita-wanita, mencuri, merompak rumah dan sebagainya. Beliau juga giat mencari dan memujuk wanita-wanita baik untuk dijadikan pelacur. Semua ini dilakukannya pada ketika beliau baru mencecah umur 17 tahun. Kegiatan jahatnya berterusan sehingga beliau ditangkap dan dipenjarakan. Allah jualah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Di dalam penjara, Malcolm X mendapat pendedahan awal tentang pertubuhan ‘Nation of Islam’ melalui surat-surat adik-beradiknya.

Bersambung…

One Response

  1. Menarik ni… ana menantikan ‘episod’ seterusnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: