Qiamullail Bersama Masyarakat

IMG_3289

Buat pertama kalinya Persatuan Belia Islam Ipoh ( PEMBINA ) menganjurkan qiamullail bersama masyarakat. Program tersebut telah dilakukan pada 16/5/2009. Program ini telah dilakukan di Surau Abdurrahman Auf, Taman Rapat Koperasi.

Alhamdulillah, program tersebut mendapat sambutan daripada ahli qariah surau dan juga ahli PEMBINA dengan sambutan yang cukup menggalakkan. Acara bermula dengan pengisian yang disampaikan oleh Al Fadhil Syeikh Zamri B. Hasyim selaku Timb. Pengerusi surau dan juga Timb. Pengerusi PEMBINA Perak. Seterusnya, bermulalah acara ta’aruf dikalangan ahli Pembina dan juga ahli qariah. Selepas itu program di teruskan dengan tadarus al quran dalam kelompok masing-masing.

Selepas tadarus, program diteruskan dengan supper. Seterusnya,s emua peserta tidur sekitar pukul 11.30 untuk bangun awal keesokan paginya. Program diteruskan pada pukul 4.15 pagi dengan qiam fardhi. Pada pukul 4.40 pagi,qiam jamai’e di teruskan di imamkan oleh pelajar-pelajar Matrikulasi Al Azhar.

Alhamdulilah selepas qiamullail kami dapat solat subuh berjamaah dan diteruskan dengan bacaan Al Ma’thurat yang dikendalikan oleh Ustaz Zamri.Selepas itu, program di teruskan dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Tuan Azman B. Tuan Aziz.

Seusai kuliah subuh, program diteruskan dengan perlawanan bola sepak di padang strawberry. Perlawanan 21 sebelah telah membuatkan keadaan padang terlalu sesak. Selepas tamat  perlawanan bola sepak, program ditutup dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Shahruzzaman b. Bistamam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: