Delegasi PEMBINA Perak melengkapkan kejayaan KONVENSYEN

Yusuf al Qardawi pernah berkata dalam sebuah kitab karangannya, “Memerangi kerosakkan sikap dan mentaliti yang tumbuh dalam individu muslim sama dengan memerangi musuh yang datang menyerbu dari luar. Kedua duanya adalah kewajiban dan inilah perjuangan…”.

Tanggal  Sabtu,9 Mei 2004 bersamaan 14 Jamdil Awal 1430, PEMBINA Pusat telah melakar satu kejayaan besar dengan sempurnanya ‘Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis’ bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Ini adalah program anjuran PEMBINA dengan kerjasama Aman Palestin yang julung-julung kalinya diadakan di tempat eksklusif termasuk makan tengahari, perkhidmatan dan layanan mesra yang kebiasaannya hanya dinikmati oleh orang kenamaan. Semua ini telah diakui oleh Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang sangat berbesar hati merasmikan konvensyen ini. Antara ungkapan menarik beliau yang dipetik “ Dulu isu berkaitan Palestin ini hanya boleh didengari di ceruk kampung, surau dan masjid. Buat pertama kalinya isu Palestin ini dibahaskan di dalam dewan eksklusif seperti ini, ini adalah petunjuk bahawa Islam sangat menghampiri pada kemuncak kejayaannya. InsyaAllah…”

Pada hari tersebut juga PEMBINA Perak telah menghantar delegasinya seramai  90 orang yang terdiri daripada pelajar Matrikulasi al Azhar, Kolej Perubatan, Politeknik Ungku Omar, UTP dan UIA. Rombongan tersebut bersedia seawal jam 3 pagi dan bertolak pada pukul 5 pagi. Rombongan tiba di sana pada pukul 9.30 pagi dan disambut dengan penuh kemesraan. Sepanjang sesi pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh DR Azzam Tamimi, DR Mohsen Salleh dan DR Roslan Md Nor telah memberi  kesan yang mendalam buat semua peserta dan sedikit sebanyak membakar semangat peserta berkenaan dengan zionisism, umat Islam Palestin dan peranan umat Islam. Konvensyen yang  berakhir pada jam 5 petang ditutup dengan ucapan  Pengerusi PEMBINA, Dr. Kamil Azmi b. Tohiran.

Setelah minum petang, rombongan PEMBINA Ipoh  bertolak pulang dengan semangat yang baru untuk mencorakkan Islam di Ipoh nanti….

Allahuakbar!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: