Sejarah Ringkas Gerakan Tajdid Islami


Gerakan tajdid yang dipimpin oleh para mujahid yang mulia telah pun bermula sejak zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin. Apabila disebut perkataan ‘tajdid’, ianya membawa pengertian yang sangat berat dan agung. Tajdid atau ‘reformasi’ bukanlah hanya suatu sorakan diiringi semangat yang berkobar-kobar kemudian disusuli hanya oleh beberapa usaha yang tidak sampai ke mana. Tajdid yang paling agung adalah tajdid islami yang merupakan suatu pembaharuan, suatu pengorbanan, bahkan suatu revolusi yang menukar keadaan manusia daripada jahiliyyah, rosak dan hancur kembali kepada Allah S.W.T dan rasulnya.

Gerakan pembaharuan yang pertama selepas kewafatan Rasulullah S.A.W dibawa oleh 4 orang sahabat yang mulia, Saidina Abu Bakar As-siddiq r.a, Saidina Umar bin Al-Khattab r.a, Saidina Uthman bin Affan r.a dan Saidina Ali r.a. Pengorbanan mereka seperti yang terukir dalam kitab-kitab sejarah disanjung tinggi. Zaman pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin inilah yang menyaksikan kejayaan gemilang dakwah islamiyah ke serata dunia sehingga panji-panji kalimah taiyyibah menaungi 2/3 dunia. Para sahabat r.a menjadi penggerak utama dalam menyampaikan risalah ke seluruh pelosok dunia. Semangat dan keimanan yang teguh kepada Allah S.W.T tertancap di dalam hati para sahabat seperti yang telah jelas terpapar di dalam buku ‘The Islamic Conquest of Syria’ karangan Abu Al-Waqi’di.

islamicconqsyria

“The Islamic Conquest of Syria, mengisahkan perjuangan para sahabat”

Catatan – Jika kita menyangka hanya para muslimin yang turun di medan peperangan memerangi pengikut-pengikut taghut Romawi dan Parsi maka kita telah salah. Khaulah Al-Azwar, seorang muslimah yang ingin membebaskan abangnya yang telah ditawan musuh, Dirar Al-Khawlah telah dicatatkan di dalam sejarah berperang bersama para muslimin ketika berjihad membebaskan Syria yang pada ketika itu merupakan pusat pemerintahan Kaisar Hercules, raja Romawi. Lebih menakjubkan, posisinya ketika peperangan berlangsung berada di hadapan Khalid Al-Walid

Bersambung…

%d bloggers like this: