Kesibukan Yang Tiada Henti – Henti.

Assalamualaikum semua,

Kesibukan seringkali menyelubungi para da’ie, membuatkan mereka kadang-kala lupa, leka dan seterusnya selalu lupa dan leka. Kehidupan duniawi mengelabui mata, anak-anak, isteri, kemewahan hidup, pangkat dan darjat. Akhirnya, segelintir tewas dalam perjuangan melancarkan dakwah.

Perlu disedari bahawa dunia dan seluruh isinya hanya merupakan wasilah ataupun jalan untuk kita mencapai kehidupan yang kekal abadi. Maka kegagalan kita di dunia, akan mengajar kita untuk terus maju tetapi kegagalan kita di akhirat kelak, sama sekali tidak akan bermanfaat buat kita bahkan membawa kepada kemurkaan Allah S.W.T.

Ayyuhal ikhwah,

Banyaknya kerja dan sibuknya hidup boleh mendatangkan pahala buat kita, dengan cara mengikhlaskan diri. Namun demikian, kita perlu mahir meletakkan keutamaan, bahawa kerja-kerja dakwah membawa manusia kejalan Allah adalah yang paling utama dan perlu diletakkan nombor satu kerana dakwah adalah jihad kita di jalannya.

“Katakanlah (wahai Muhammad), Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” Attaubah: 24

Kerja-kerja lainnya barulah dilaksanakan apabila telah diutamakan berdakwah ke jalan Allah. Dalam pada masa yang sama, kita perlu memahami konsep dakwah. Dalam kita bekerja mencari rezeki, kita pasti akan terlibat bersama orang-orang lain. Menjadi kewajiban kita untuk menyeru juga orang-orang yang bekerja bersama kita ke jalan Allah, dalam apa jua bentuk. Dan apabila kita bersama-sama keluarga kita, elemen dakwah perlu diterapkan dalam mendidik ahli keluarga.

Perlu diingatkan, bahawa para mujaddid yang mulia sebelum zaman kita telah menunjukkan bahawa dakwah iaitu jihad kita merupakan perkara yang paling utama dalam kehidupan para da’ie. Pengorbanan mereka tak berbelah bagi, sehingga menitiskan darah.

Wallahua’lam.

One Response

  1. Salam ya Akhi,

    Mungkib boleh tambah link PEMBINA Melaka kat sini..🙂

    http://pembinamelaka.com/v1/

    Salam ukhuwwah dari ikhwah Melaka..

    jzkklh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: