ZIARAH TAUTAN UKHUWAH IKHWAH NEGERI SEMBILAN

Ada seorang murabbi lama berkata “Ukhuwah Islamiah adalah ‘ANA ADALAH ANTA, ANTA ADALAH ANA’ .Pada hari Ahad 26 April 2009 lalu, bersamaan dengan 1 jamadil awal 1430, Pembina cawangan Ipoh,Perak dengan penuh berbesar hati telah menerima kunjungan daripada ikhwah Negeri Sembilan. Kunjungan seramai 8 orang tersebut diketuai oleh ust. Azizee b. Hasan,YDP Isma Negeri Sembilan dan beberapa orang ikhwah dari USIM, AUSIS  dan Alumni Matrikulasi ke al-Azhar, Mesir bertujuan mempertautkan ukhuwah di kalangan ikhwah belia dan secara tidak langsung memperbaharui iman serta mengukuhkan semangat dakwah. Pertemuan yang diadakan di Pejabat Isma Cawangan Ipoh turut disertai oleh Ust. Razmi b. Che Musa, YDP ISMA Perak dan beberapa ahli Pembina Ipoh yang kebanyakkannya dari para pelajar Matrikulasi ke al-Azhar,Mesir. Majlis pertemuan yang dimulai dengan sesi ta’aruf antara ikhwah dan diteruskan dengan sedikit tazkirah daripada kedua-dua YDP ISMA yang menyentuh berkaitan ukhuwah islamiah dan halatuju dalam memperjuangkan dakwah. Majlis pertemuan yang bermula sebelum asar diakhiri dengan sedikit jamuan berat yang disediakan oleh catering Pembina Ipoh dan penyampaian cenderamata daripada Ust. Razmi kepada Ust. Azizee.

PERTEMUAN UKHUWAH  ANTARA BELIA  PERAK DAN NEGERI SEMBILAN

PERTEMUAN UKHUWAH ANTARA BELIA PERAK DAN NEGERI SEMBILAN

TAZKIRAH DARIPADA  YDP ISMA PERAK DAN NEGERI SEMBILAN

TAZKIRAH DARIPADA YDP ISMA PERAK DAN NEGERI SEMBILAN

MAKANAN YANG DISEDIAKAN OLEH KATERING PEMBINA IPOH

MAKANAN YANG DISEDIAKAN OLEH KATERING PEMBINA IPOH

PENYAMPAIAN CENDERAMATA ANTARA DUA NEGERI

PENYAMPAIAN CENDERAMATA ANTARA DUA NEGERI

BAKAL BAKAL ULAMA MUJTAHID HARAKI MALAYSIA

BAKAL BAKAL ULAMA MUJTAHID HARAKI MALAYSIA

INSYAALLAH SATU HARI  NANTI, UST. USAID……………………….

INSYAALLAH SATU HARI NANTI, UST. USAID……………………….

Advertisements

PERKHEMAHAN BELIA WAWASAN ANJURAN PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL DI KUALA KANGSAR

Pada hari Jumaat 13 Mac 2009 yang lalu, Pembina Perak telah menganjurkan perkhemahan tahunan belia, bertemakan 2009 di Kem Tanjung Harapan, Kuala Kangsar selama 3 hari 2 malam yang disertai penuntut UTM Skudai, UITM Penang, UTP Perak, Politeknik Ungku Omar dan pelajar Matrikulasi ke al Azhar, Mesir seramai 50 orang walaupun ketika itu beberapa universiti sedang mengadakan peperiksaan.

Urusetia perkhemahan telah melantik Ust. Najib b. Sadli,Ketua Belia Isma Perak sebagai Kem Komandan dan akh Zulfikar Azlan sebagai Peghulu peserta. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi ta’aruf, tazkirah, pengisian mathurat bersama, qiamullail, berkayak, jungle trekking, game dan bengkel

Tazkirah disampaikan oleh para peserta sendiri manakala pengisian pula dibahagikan kepada 3 slot. SLOT yang pertama diberi oleh Tuan Azman, SLOT kedua oleh akh Sufian dan SLOT ketiga oleh akh Zuraidi, wakil Pembina Pusat. Kesemua aktiviti berjalan dengan jayanya dan mendapat respon yang sangat baik daripada kalangan peserta.

Jutaan terima kasih kepada para ajk Pembina dan peserta kerana bersama sama menjayakan perkhemahan tahunan pada tahun ini.

MAKANAN DISEDIAKAN CHEF PERKHEMAHAN UST. YUSRI

MAKANAN DISEDIAKAN CHEF PERKHEMAHAN UST. YUSRI

‘KHEMAH’ YANG TERPAKSA DIDIAMI PESERTA

‘KHEMAH’ YANG TERPAKSA DIDIAMI PESERTA

SUASANA KETIKA BACAAN MATUHRAT

SUASANA KETIKA BACAAN MATUHRAT

ANTARA PENTAZKIRAH, AKH IZUL UTM SKUDAI

ANTARA PENTAZKIRAH, AKH IZUL UTM SKUDAI

PARA PESERTA BERAMAH MESRA BERSAMA

PARA PESERTA BERAMAH MESRA BERSAMA

KEM KOMANDAN PERKEMAHAN 2009, UST NAJIB B. SADLI,  PENGERUSI PEMBINA PERAK

KEM KOMANDAN PERKEMAHAN 2009, UST NAJIB B. SADLI, PENGERUSI PEMBINA PERAK

PERBINCANGAN DALAM BENGKEL SECARA BERKUMPULAN

PERBINCANGAN DALAM BENGKEL SECARA BERKUMPULAN

PEMBENTANGAN SECARA BEKUMPULAN

PEMBENTANGAN SECARA BEKUMPULAN

AKTIVITI BERKAYAK DI TASIK

AKTIVITI BERKAYAK DI TASIK

BERGAMBAR BERAMAI RAMAI PADA HARI TERAKHIR

BERGAMBAR BERAMAI RAMAI PADA HARI TERAKHIR

backdropkbaz-dengandetail_21


9 MEI 2009

8pg – 5ptg

PWTC

http://www.kbaz.net

Malaysia dan Indonesia, Satu Rumpun, Seibu Sebapa

Sesungguhnya, Malaysia dan Indonesia hanyalah dipisahkan oleh sebuah garisan psikologi, yang telah dirancang oleh kuasa imperialis masa lalu dangan penuh teliti. Asia, khususnya rantau ini pernah diramal bakal menjadi pusat peradaban Islam masa depan melalui kata-kata Malik Bennabi, seorang pemikir Islam Algeria yang terkenal.

Katanya: “dunia Islam [akan] beralih dan tunduk pada tarikan gravitasi Jakarta, sebagaimana ia pernah tunduk pada tarikan gravitasi Kairo dan Damascus.”

binabi2

Malik Bennabi, seorang tokoh intelektual Algeria yang terkenal.

Ini seterusnya meletakkan satu ‘expectation’ yang amat tinggi kepada rantau ini, sekaligus mengiktiraf rantau ini sebagai sebuah pusat umat Islam yang paling berpotensi dalam mengembalikan kebangkitan Islam.

Apabila kita mengkaji hubungkait antara Malaysia dan Indonesia, maka kita pasti akan menemui terlampau banyak perkaitanan dari pelbagai aspek. Dalam skop hubungan berkaitan ilmu agama dan proses pengislahan umat, Professor Dr. HAMKA dan Pak Musaddat merupakan dua orang tokoh yang amat banyak sekali mewujudkan hubungan antara kedua-dua negara ini. Dikatakan bahawa allahyarham Professor Dr. Hamka dan pak Musaddat kerap kali berulang-alik ke Malaysia dan Indonesia dalam melancarkan usaha dakwah membawa manusia ke jalan Allah. Bukan sehari dua, kadang-kadang seminggu, sebulan keberadaan mereka di Malaysia dimanfaatkan sehabis baik.

hamka1

Prof. Dr. HAMKA

Untuk pengetahuan para ikhwah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan seorang dai’e dari Indonesia, Pak Natsir. Pengarahan ‘terkenal’ beliau iaitu “pindahkan darah” menyaksikan tokoh-tokoh terkenal seperti allahyarham ustaz Fadhil Noor, tuan guru dato’ haji Abdul hadi Awang, Datuk Nakhaie dan lain-lain daripada ABIM beramai-ramai menyertai Parti Islam Semelaysia (PAS). Peranan tokoh dari Indonesia ini dilihat amat penting dalam mencorakkan keadaan politik Malaysia masa kini.

Selain itu, kemerdekaan Malaysia dan Indonesia bersama pernah diketengahkan di dalam sebuah pertemuan dan persetujuan antara tokoh-tokoh Indonesia seperti Soekarno dan Mohd Hatta dengan Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Pak Sako. Persetujuan dan pertemuan yang telah diadakan di Taiping, Perak itu ternyata tidak Berjaya sebaik sahaja Jepun menyerah kalah di Indonesia lalu Soekarno mengisytiharkan Indonesia merdeka dari Belanda pada 17 Ogos 1945. Dr Burhanuddin Al-Helmy tidak dapat berbuat demikian memandangkan keadaan semasa yang berbeza di Malaysia ketika itu.

Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Malaysia(ISTAC) yang ditubuhkan di Malaysia bahkan telah melahirkan INSIS yang memainkan peranan penting menangkis segala ideologi dan cita-cita puak-puak Islam liberal di Indonesia. Hal ini jelas menunjukkan perlu-memerlunya kedua-dua buah negara ini.

Kesimpulannya, Indonesia dan Malaysia hanya dipisahkan oleh cita-cita dan niat jahat kuasa imperialis dunia, yang sentiasa menjadikan ‘divide and conquer’ sebagai agenda nombor satu mereka. Justeru, kita harus bersama-sama berusaha merapatkan jurang pemisah yang tersisa, agar rantau ini bangkit sebagai pembela agama Islam suatu hari nanti InsyaAllah. Wallahua’lam.

Rehlah Keluarga ISMA Perak

Akan datang – Rehlah Keluarga Isma Perak
Tarikh : 18-19 April 2009
tempat : Cameron Highland
Yuran : akan dimaklumkan

Jangan ketinggalan mengikuti program ini untuk merapatkan ikatan Ukhuwwah Sesama Usrah Anda…..

Kesibukan Yang Tiada Henti – Henti.

Assalamualaikum semua,

Kesibukan seringkali menyelubungi para da’ie, membuatkan mereka kadang-kala lupa, leka dan seterusnya selalu lupa dan leka. Kehidupan duniawi mengelabui mata, anak-anak, isteri, kemewahan hidup, pangkat dan darjat. Akhirnya, segelintir tewas dalam perjuangan melancarkan dakwah.

Perlu disedari bahawa dunia dan seluruh isinya hanya merupakan wasilah ataupun jalan untuk kita mencapai kehidupan yang kekal abadi. Maka kegagalan kita di dunia, akan mengajar kita untuk terus maju tetapi kegagalan kita di akhirat kelak, sama sekali tidak akan bermanfaat buat kita bahkan membawa kepada kemurkaan Allah S.W.T.

Ayyuhal ikhwah,

Banyaknya kerja dan sibuknya hidup boleh mendatangkan pahala buat kita, dengan cara mengikhlaskan diri. Namun demikian, kita perlu mahir meletakkan keutamaan, bahawa kerja-kerja dakwah membawa manusia kejalan Allah adalah yang paling utama dan perlu diletakkan nombor satu kerana dakwah adalah jihad kita di jalannya.

“Katakanlah (wahai Muhammad), Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” Attaubah: 24

Kerja-kerja lainnya barulah dilaksanakan apabila telah diutamakan berdakwah ke jalan Allah. Dalam pada masa yang sama, kita perlu memahami konsep dakwah. Dalam kita bekerja mencari rezeki, kita pasti akan terlibat bersama orang-orang lain. Menjadi kewajiban kita untuk menyeru juga orang-orang yang bekerja bersama kita ke jalan Allah, dalam apa jua bentuk. Dan apabila kita bersama-sama keluarga kita, elemen dakwah perlu diterapkan dalam mendidik ahli keluarga.

Perlu diingatkan, bahawa para mujaddid yang mulia sebelum zaman kita telah menunjukkan bahawa dakwah iaitu jihad kita merupakan perkara yang paling utama dalam kehidupan para da’ie. Pengorbanan mereka tak berbelah bagi, sehingga menitiskan darah.

Wallahua’lam.