Isnin, Ipoh: Keputusan yang dinantikan oleh para pelajar di Akademi Ikatan Muslimin, Ipoh akhirnya diumumkan tepat pukul 11.00 pagi di akademi itu sendiri. Mantan pelajar di sana menanti dengan penuh debar dan harapan.
Selepas keputusan diumumkan, wajah-wajah ceria mula kelihatan. Dan keputusannya adalah, 9 orang mumtaz dan 2 daripadanya mumtaz semua mata pelajaran, 9 orang jayyid jiddan, 5 orang jayyid, 4 orang maqbul, dan 6 orang rasib (gagal). Pihak PEMBINA Perak mengucapkan sekalung tahniah kepada para pelajar yang berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang. Kami yakin, kejayaan ini adalah di atas usaha, kecekalan, dan kerjasama antara tenaga pengajar dan juga pelajar. Namun bagi pelajar yang kurang berjaya, boleh cuba lagi di lain masa.
2 pelajar yang berjaya mendapat mumtaz di dalam kesemua mata pelajaran adalah Farouq Morhalim dan Izzat Husman. Mereka serta ramai lagi pelajar di Akademi Ikatan Muslimin telah banyak terlibat dalam menganjurkan program serta terlibat sebagai peserta di dalam program PEMBINA di Ipoh. Oleh itu, pihak kami sekali lagi mengucapkan tahniah kepada mereka dan berharap agar mereka dapat melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan berwawasan tinggi.
Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada tenaga-tenaga pengajar di Akademi Ikatan Muslimin yang telah mencurahkan segenap tenaga dan masa untuk memastikan keberjayaan mereka. Tanpa mereka, mungkin Akademi Ikatan Muslimin tidak mampu untuk menjulang nama sehingga mendapat keputusan terbaik di Ipoh.
Sekian,
Media PEMBINA Perak.
Filed under: STAM

tahniah kepada yang berjaya, kepada yang berjaya, jadikan iia sebagai titik mula mencapai kejayaan. dare to fail… semoga ALLAH memberkati kalian… ameen
sebuah kejayaan akan disusuli dengan kejayaan-kejayaan lainnya sekiranya kita tetap istiqamah. InsyaAllah, sama-sama kita doakan agar masa depan mereka lebih cerah~